Monday, April 1, 2013

Tips Membeli Smartphone

hye~ bertemu kembali shbt2 semua... hihiiii~ kali nieh admin nak cerita sket tips2 membeli smartphone nieh... maklum larh dunia skrg semuanya di hujung jari... sudah menjadi trend generasi muda atau warga emas ntuk memiliki smartphone yg digilai ramai... xterkecuali juge admin... hahaaaa~ ape org kate??? menyahut usaha kerajaan dlm meluaskan lg penggunaan jalur lebar dlm kalangan rakyat Malaysia... kannnn~ haaa~ tuuuueeee dia... ouk larh... tanpa membuang mse... ayuh admin ceritakan tips2 nyerh...


Kita pergi secara ringkas dan tidak terlalu mendalam bagi mengelakkan sebarang kekeliruan ketika memilih.Antara perkara yang perlu kita pertimbangkan ketika ingin membeli android smartphone ialah :
1- Bajet Harga [Duit/Kewangan Diri]
- Perkara paling penting dan paling utama dalam membuat pilihan tepat ketika membeli phone.Pastikan dahulu berapa RM yang ada dalam poket, dengan ada nya bajet awal akan memudahkan lagi proses memilih phone.
-Sebagai contoh : Kita dah tetapkan bahawa kita ada RM1000 sahaja untuk beli phone,So, segala jenis smartphone yang berharga RM1000 keatas dah boleh di tolak tepi dan dibuang dari dalam senarai.Ini akan memudahkan lagi untuk membuat pilihan.
- Semak Senarai harga terkini smartphone di Malaysia

2- Tetapkan Tujuan Untuk Apa Kita Beli Phone tu?
- Lain orang lain tujuan dia.Ada yang beli untuk bermegah tunjuk bahawa “Wahai dunia! aku ada smartphone di tangan!”.Ada pula yang mementingkan aspek yang ada phone tersebut seperti :
- Camera pada phone [minat ambil gambar guna phone]
- Nak jenis lasak [suka buat aktiviti lasak]
- Nak jenis performance yang laju mantap dan boleh main semua jenis games.
- Nak jenis rekabentuk design yang cun dan menawan sedap dipegang.
- Nak jenis yang boleh bersosial twitter,facebook,foursquare etc etc.
- Nak jenis senang guna tak leceh.
-DLL
- Masa nak beli phone tu tetapkan kita suka/nak jenis phone yang mana.Contoh : Kita nak phone yang ada camera canggih berbelas megapiksel [MP] mudah ambil gambar dan instagram gambar jadi, pilihan terbaik ialah smartphone yang cameranya 8 Megapiksel keatas sahaja.Bagi phone yang cameranya 8MP kebawah kita dah boleh tolak dan buang dari senarai.-Smartphone dengan camera terbaik setakat ini ialah barisan Sony Xperia 2012 seperti Acro S, Ion , Xperia S, Xperia T [13MP] , Xperia TX [13MP] etc etc.Sila pastikan bajet anda bersesuaian terlebih dahulu.

3- Spesifikasi Phone / Ciri-Ciri Phone.
- Aspek yang penting.Beberapa perkara yang perlu di ambil tahu ketika nak beli android smartphone :
 a- Versi Android
- Sebelum pilih, lihat dahulu versi yang digunakan pada phone tersebut.Kalau boleh pastikan phone tu menggunakan android terkini dan terbaru kerana prestasi nya lebih mantap.
-.Secara ringkas : Sila pilih phone yang menggunakan android 2.3 Gingerbread keatas samada android 4.0 Ice Cream Sandwich atau android 4.1 Jellybean ataupun android 4.2 jellybean.
- Dengan memlih versi android terkini kita dah boleh tolak tepi phone yang menggunakan android lama.Secara tak langsung, memudahkan lagi proses memilih.

b- Processor
-Aspek yang agak penting.Bila nak guna smartphone, kita mesti taknak phone tu tersekat-sekat, lag , tak smooth dan lembab.So, cara terbaik ialah pilih phone yang guna processor yang mantap berkelajuan 1Ghz keatas bersesuaian dengan bajet kita.

c- Memori Dalaman [Internal Memori] Dan Memori Kad.
- Yang ni pun boleh tahan penting.Android smartphone membolehkan kita untuk install 1001 aplikasi dan games.Bila nak install aplikasi dan games ni akan memerlukan ruang memori yang cukup.Lagi besar lagi bagus.
-Tapi, bergantung kepada diri kita.Kalau jenis tak suka install banyak aplikasi dan tak suka main games sangat, memilih phone yang mempunyai ruang memori bersaiz biasa dah mencukupi sebenarnya.

4- Buat Perbandingan.
-Lepas kita nilai kesemua ciri-ciri dekat atas tu, cuba pilih 2 phone yang kita rasa terbaik dan bertepatan dengan ciri-ciri dekat atas tadi tu, kemudian buat perbandingan.
-Contoh : Lepas nilai kesemua ciri diatas, kita dah putuskan bahawa nak pilih Sony Acro S atau Sony Xperia SL. Bandingkan kedua phone tu.Buka GSMArena dan bandingkan kedua-duanya. Contoh :


5- Kesimpulan.
-Pendek bukan tips dekat atas ni? Ini bagi memudahkan anda membuat pilihan.Tak perlu panjang-panjang, secara ringkas dah cukup.Kesimpulannya yang lebih ringkas dan padat :

1- Pastikan bajet kita berapa.

2-  Kemudian, tentukan jenis mana yang kita nak.Pilih phone.

3-  Lepas itu, tengok versi android, processor, memori phone, dan ciri-ciri lain yang rasa perlu.

4- Buat 2 pilihan yang kita paling nak dan buat perbandingan antara kedua phone tu.

5- Pilih phone, pergi ATM cucuk duit, kemudian pergi kedai phone dan beli phone tu.

wokeyh~ smpai sini saje admin berceloteh... pesan admin pastikan korg semua fkr bebeaek smartphone yg mcm mane korg nak... harap tip2 tersebut dpt membantu korg... jgn menyesal lak bila da beli smartphone yg dipilih yerh... ape2 pun ukur baju pd bdn sendiri... bubye



No comments:

Post a Comment